Kesan Dadah Ice Yang Merbahaya



Masalah DADAH di Malaysia dan Thailand amat membimbangkan.Remaja samada lelaki atau perempuan, sama sahaa. Malah sangat berbangga bila dapat menceritakan pengalaman menggunakan dadah

" book hotel di Pak Bara Satun "
" book ticket ferry Pak Bara - Koh Lipe"
"whatsApp +66629728939 "

Kalau dahulunya,GANJA adalah dadah yang sangat popular dikalangan remaja,kerana harganya murah.Di tahun atau era 2000 ini, ICE menjadi DADAH paling popular.
METHAMPHETAMINE
Sejenis dadah yang sangat berbahaya dan mudah didapati di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal,kaca diamond. ICE adalah nama glamor di kalangan remaja Malaysia."Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu atau ICE. ICE lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

TANDA TANDA PENGAMBILAN
Tingkahlaku yang agresif,
tekanan darah tinggi.
bercakap berulang-ulang
cepat marah
tidak tidur berhari hari
kurang makan
mata merah (selalu memakai cermin mata hitam)
kekadang takut tak bertempat
tidak ada tanggungjawab



KESAN PENGAMBILAN
Ice mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak.  Ianya lebih merbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

jarang tidur, hilang selera makan,
bimbang berpanjangan, kulit kering
dan gatal-gatal, hilang daya ingatan,
stroke atau mati.
Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.
Boleh menyebabkan mandul.
Dos yang berlebihan boleh menyebakan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan kematian.

Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")

Komplikasi Kesihatan

* Pelbagai masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang kencang dan tidak teratur.

Tekanan darah penagih juga meningkat dan tidak dapat diubah lagi manakala serangan angin ahmar memusnahkan pembuluh darah kecil di dalam otak.

* Metamfetamin kronik menyebabkan radang hati, kerosakan pembuluh darah dan kulit yang bengkak dan bernanah.

* Keracunan plumbum akut. Salah satu cara pembikinan metamfetamin ialah menggunakan plumbum asetat sebagai bahan uji.

Kesilapan semasa proses penghasilannya boleh menyebabkan pencemaran metamfetamin.

* Janin yang terdedah kepada penyalahgunaan metamfetamin juga akan menyebabkan komplikasi prenatal, kelahiran pramatang, kecacatan kongenital dan mengubah corak tingkah laku neonatal seperti iritabiliti melampau dan refleks abnormal.

PENCEGAHAN
Orang ramai diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mencegah kegiatan DADAH ditempat masing masing.
Jangan biarkan pengedar DADAH hidup KAYA RAYA dengan penderitaan orang lain.
PIHAK BERKUASA JANGAN BERI PELUANG KEPADA PENGEDAR DADAH.
JANGAN MENERIMA "SUAPAN"
JANGAN BERKROMPOMI DENGAN PENGEDAR DADAH
KSIHANILAH ANAK BANGSA KITA.

Comments

Popular Posts